Tuesday, April 24


                     <<<Kisah Budak Putus Cinta>>>

Suatu petang di warung bihun sup utara. Area Pantai Dalam Bandar Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Bukit Angkasa. Walaupun tiada pantai disitu. Tiada juga Syeikh Muzaffar menaiki angkasa disana. Namun itulah nama. Hiasilah nama anda walau ianya amat berbeza dengan identiti anda.

Sedang menghirup sup yang panas. Bersama Mat yang leka dibuai mimpi bihun sup. Hujan yang turun renyai-renyai buatkan hati bertambah dibuai. Adakah ini tandanya daku mula berhati jiwang.



Tiba-tiba datang seorang pemuda. Rambut serba belah tengah. Dengan gaya yang agak skema bagiku jika dibandingkan dengan zaman 'stylo'nya anak muda kini. Baju tertulis "Girlfriend Wanted". Seluar jeans berkaki kecil. Kasut Converse. Baru ku teringat..ini fesyen Jaguh Lebuh Raya. Sudah mungkin tidak layak baginya berada di Red Carpet ABPBH..Namun apa ada pada baju, andai jiwa seindah berlian.. Asalkan dalam hati ada taman...

Amir ( bkn nama sebenar ) : Assalamualaikum Ustaz kita..

Aku   : Waalaikumsalam orang muda kita..apa cer...dari mana hendak kemana..

Amir  : Dari bandar hendak ke muara...hehe..

Aku   : meh duduk-duduk minum dulu...order apa yang patut.

Amir  : Ustaz ada apa kat sini. Rindu bihun sup ka..

Aku   : Saja dah lama tak pekena bihun sup...Nama apa tak tau..

Amir  : Amir..Saya sekarang dok kerja di Mid Valley ustaz. Kerja Restoran. Dak ustaz...saya sebenarnya ada problem ustaz. Problem nih memang malu nak cerita. Tapi dah parah sangat dah.

Aku   : Apa dia cek...belum masuk gear satu berkenalan ko dah bawak mai problem..kotla nak bawak durian ka..boleh kita aqiqah ramai2 kat sini...Besaq sangatka problem tu..

Amir  : Masa itu golden ustaz..straigh to the point..Tak la besar sangat ustaz, tapi tiap malam kita tak boleh tidoq. Ni Rahsia Pohon Cemara punya kisah..Ini kes putus cinta ustaz!!! Awek saya dah takmau kat saya...dia nak kat orang lain..Mahligaimu Dari Airmataku ustaz..nyanyian Kumpulan Lestari.

Aku   : Aik...muka sikit punya brutal pun pasang awek ka...Dahsat..

Amir  : Ustaz jangan perli saya..tapi nak buat camana, dah tak boleh nak elak. Moto boleh pacak satu tayar..Lampu motor boleh menyuluh bulan..Tapi bab awek ni tersungkur ustaz..Nyanyian Rindu Buatmu..

Aku   : Betol2..sapa yang tak sedih kalau clash..Brutal-brutal jugak..tapi main dengan cinta Lukaku Lukamu Jua ni..mana boleh tahan..camana boleh putus tuh..setori sikit..

Amir  : Ntahla ustaz..hari tu saya tak dak kredit. Tetiba sahaja dia cakap saya ni tak respon sms dia. Saya dah topup, call dia balik, tapi dia tak angkat sampai kesudah..Luka Lama Berdarah Kembali ustaz..

Aku   : La...takkan sebab tu saja..manala nak tau dia tak angkat sebab dia buat-buat merajuk main cerita hindustan..Perempuan ni dia suka dipujuk...Laki kena jadi macam Tam Spider.."Relaku Pujuk"..

Amir  : Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia..Pujuk mender nya ustaz..tup tap tup tap dia dah pasang BF baru..Nak cakap hensem, saya hensem lagi...cuma dia smart dekat baju jer..style katakan..Pompuan sekarang kadang suka tengok style baju pakwe jer..

Aku   : Isy2..belum habis tempoh iddah dia dah cari 'balak' baru. Yang ko pun satu..Dah takdak awek lain ker sampai teringat dekat dier. Ubat aper dia pakai sampai ko tak leh lupa kat dia..Dirantai di Gelangi Rindu..

Amir  : tak boleh la ustaz..Hati ni tak boleh pi la..dok teringat kat dier jer..walaupun dier siap naik keta dengan pakwe baru depan mata kita..Macam nak siku jer side mirror keta pakwe dia..Dia ingat moto Yamaha LC saya ni cikai ker..

Aku   : Tu la ko...naper tak tukar pakai keta..pakai baju style2 skit..Dah dia buat cenggitu kat ko, masih lagi boleh tunggu. Kalau ustaz, dah lama tinggalkan awek gitu. Banyak lagi cikaro kat luar sana. Ko tak rasa macam diperbodohkan ker...walaupun ko tu budak U, namun ustaz tengok ko ni senang-senang jer kena tipu dengan GF ko tuh...Tak payah la suka dekat dier lagi..Nanti ko mesti dapat yang lebih baik dari dier.

Amir  : Saya ni dah tahap tak boleh pikir lagi ustaz. Masalah negara boleh lagi nak handle. Masalah aweks ni ustaz...aduhh..Saya dah tak kisah orang nak cakap aper kat saya. Mat Jiwang ker, Mat Bunga ker...yang penting awek saya tu saya nak balik..

Aku   : Ya Allah...dah terang lagi jelas dia buat ko macam tu, ko nak lagi dekat dier...Ko tau tak, yg dia cakap ko tak balas sms dier tuh hanya sekadar alasan jer. Dia nak cakap ko yang salah dalam Hubungan nih. Padahal dia yang dah ada BF baru. Dia cari alasan lain nak cover. Perempuan ni dia pantang digelar 'curang'. Kalau dia dah berkenan dengan orang lain pun dia tetap akan setia dengan BF lama. Sebab bagi  perempuan, curang tuh dikira jahat habis..tapi kes ko ni dah terbalik..

Amir  : Saya paham tuh memang alasan tak logik. Dia saja nak putuskan hubungan dengan saya. Bukan sebab saya tak balas SMS dia... Tapi ustaz...ni hati ni..Dah terlalu sayangkan dier..

Aku   : ya rabbi..Lupakan saja dia tu. Selalunya lelaki yang curang...Ni terbalik pulak..perempuan yang curang...mana boleh..Pantang lelaki dicurangi...Sia-sia ko pakai kasut converse..kalau ustaz, dah lama kasut tu melekat di wajah GF ko...hahah ( Aku sengaja membakar semangat..)

Amir  : Kalau dah hati tak boleh lupa macamana ustaz...bagi la ayat al-Quran yang boleh saya lupakan ex GF saya ustaz..

Aku   : Dalam al-Quran tak dak ayat khusus untuk lupakan si Aweks.. Namun ayat seluruh ayat al-Quran adalah penawar yang apabila dibaca, difahami, dihayati...membuatkan kita melupakan Cinta yang lain selain cinta ilahi...

Amir   : Ok2 ustaz..saya cuba..tapi...Erkk...kalau dah cuba tak boleh jugak ustaz...caner..ada tips lagi dak?

Aku    : Kalau ko tak boleh lupa jugak..ko pegi ketuk Pakwe awek ko tu dengan batu besar, lepas tuh ko bunuh Pakwe dia...pastu ko kena tangkap..ko masuk penjara. Last sekali ko mintak dekat warder penjara ko tu, nak buat permintaan terakhir... Ko pinjam kat diorang radio, kaset dan gitar...Last skali ko rakam nyanyian terakhir untuk bekas GF ko...Nyanyian Dalam Penjara..."Bertahun Sudah Ku Menunggu Dirimu...Akhirnya Kau Menjadi Milkku..."...habis cerita..


            Kisah pertemuan Amir dan Aku sangat panjang. Kisah suka duka nya dikongsi bersama. Puas aku penat menasihati. Jawapan yang sama..."Saya tak boleh lupakan si dia"..

           Macam inikah kisah cinta? Kawan-kawan kat luar sana. Si pembaca semua....nak tanya korang nih. Betulkah macam ni punya teruk orang yang putus cinta?...Betulkah lelaki jugak boleh jadi kurang siuman bila ditinggalkan awek mereka?

Lagu 'Butakah Cinta' nyanyian Spring itu tak memberi peringatan kepada kita ker? Sengaja nak tanya geng rock leleh diluar sana. Kot-kotla korang ada kisah ditinggalkan cikaro..jomla kongsi perasaan..

Cer citer...cer citer..

Sunday, April 22



~~SIAPA YANG  TAK PERNAH SAKIT HATI~~



Aduh sakitnya hatiku!!!! Nah amik plaster!!

Siapa yang tidak pernah berasa sakit hati jangan baca!!
eh.. Tiada yang tidak jadi baca?
Maksudnya setiap yang berada dalam spesis manusia akan pernah mengalami sakit hati... 
sakit hati yang akan difokuskan disini bukannya sakit radang hati @ Pneumonia itu...
bukan ok....
Sakit hati disini adalah dimana seseorang itu akan berasa hatinya bagai disiat-siat dan hatinya secara tetiba akan berasa seperti ada kilat menyentap dada...dan juga dengan tetiba anda akan berasa nafas juga akan menjadi tidak normal... sesak dada dan nafas.... rasa macam tidak lepas....
Aku yakin setiap kita penah merasainya...Jadi tidak usahlah aku mengungkapkan bagaimana rasanya dengan ayat yang aku sendiri tergeliat jantung hendak luahkan...
Setiap orang pasti pernah merasainya....

Banyak faktor menyebabkan kita mengalami sakit hati...
Daripada sekecil-kecil benda sehinggalah kepada perkara yang besar-besar...
Daripada sedekat-dekat manusia sehinggalah sejauh-jauh manusia dengan kita boleh membuatkan kita sakit hati...
Contoh perkara kecil yang boleh membuatkan kita sakit hati:
1) Bergaduh dengan adik berebut chanel TV
2) Tidak berpeluang membalas adik kentot ke muka kita(kuang hajar tu!!siapa tidak sakit hati memang la!!)
Contoh perkara besar yang membuatkan kita sakit hati:
1) Pasangan curang
2) Bos marah tidak tentu pasal
3) kena fitnah
4) Dengki
dan bermacam-macam lagi perkara kecil dan besar dalam kehidupan kita yang boleh membuatkan kita sakit hatikan... Syaitan juga turut berasa sakit hati apabila Allah ciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah dan disuruh sujud kepada Nabi Adam a.s... Dia berasa dirinya lebih bagus dan hebat diciptakan daripada api berbanding manusia yang diciptakan daripada tanah..Dia enggan patuh...
Kita pula sakit hati dengan pelbagai perkara disebabkan syaitan pula! Kadang-kadang perkara yang kecil pun  kita berasa hati... Manusia perlu kepada penguasaan dan pengurusan emosi yang betul.. Jangan biarkan emosi mendahului akal...
Disebabkan setiap kita pernah mengalami sakit hati disebabkan orang disekeliling,kita kena sedar bahawa kita juga sebenarnya pernah membuatkan orang lain disekiling kita sakit hati... Tidak kira daripada perlakuan ataupun percakapan kita.
Oleh itu, setiap kita perlu menjaga percakapan dan perlakuan kita supaya tidak melukakan hati orang lain.
Ini bukan bermaksud anda perlu sentiasa menjaga hati orang lain! Dan bukan pula aku nyatakan anda tidak perlu menjaga hati orang!!
Anda seharusnya tegas dengan pendirian anda dan menyatakan pada mereka tentang apa yang anda suka dan tidak suka dengan jujur.. 
Kebanyakan dari kita selalunya mengharapkan orang faham akan kemahuan dan kehendak kita... Selalu mengatakan orang lain pentingkan diri dan tidak faham kita... Namun kadangkala kita sering terlupa sebenarnya kita sendiri yang tidak mahu faham keadaan dan pendirian orang lain... 
Hal-hal sebegini juga akan turut membawa kepada sakit hati yang berpanjangan jika kita tidak pandai untuk menyesuaikannya dengan keadaan...

Untuk mengelakkan...erkk.... mengelakkan?? kadang-kadang berjaya..selalunya tidak berjaya juga..sebab orang ni pelbagai jenis...banyak yang spesis sensetif tidak tentu masa tempat dan keadaan...Huh! Boring orang macam ini..Malas hendak layan.
Ayat yang sesuai adalah untuk mengurangkan kita menyakiti hati orang dan orang menyakiti kita...
Kita pertamanya mestilah memperbaiki cara komunikasi kita dengan orang... walaupun orang tahu dan faham anda selalu bercakap dengan nada yang tinggi macam hendak bergaduh saja sepanjang masa, namun anda boleh memperbaikinya...rendahkan nada suara anda..bukan rendahkan Volume suara..lain itu!karang cakap slow-slow orang bagi microfon pula...
Kurangkan bercakap tentang perkara-perkara yang tidak perlu... Jauhi mengumpat dan bergosip sana-sini...Banyak bercakap maka makin banyakla dosa... Kurang bercakap, kurang salah cakap, maka kurang menyakiti hati orang lain..
Lebihkan menjadi pendengar daripada pencerita dan pemberita... jangan pula anda menambahkan rencah dan rempah dalam cerita yang didengari...
Kalau anda seperti aku.... 
Sering buat tidak tahu pada percakapan mereka yang tidak bercakap berdasarkan fakta yang betul... Tidak mudah terasa hati dengan perkara remeh temeh ... Tidak perlu hendak membesarkan lagi perkara yang sudah diketahui kesalahan sesuatu perkara itu... kerana bagi aku , tidak perlu mengambil berat benda yang tidak penting dan tidak perlu.... hal ini kerana, kalau kita ambil tahu sangat dan ambil pot kata orang, hati kita akan berasa sakit, sakit hati akan membawa kepada tekanan.. tekanan akan sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kerja kita... Jadi dahului akal daripada emosi.... Jauhi sifat dengki dan iri hati dengan kelebihan dan kejayaan orang lain... Tapi berusaha untuk mencapainya juga secara bersih... Jadikan ia sebagai satiu inspirasi dan motivasi...
Banyak lagi cara nak jauhi daripada anda berasa sakit hati atau anda menyakiti hati orang lain... kalau nak tahu selebihnya.anda rujuk la buku atau internet..! tidak pun anda fikir sendiri.... 
(hahhaha...baik tidak payah buat entry ini..ces! baru belajar cara membebel..kesan daripada membaca entries mereka-mereka yang berjela-jela...owh no!)
Jadi... Jauhi menyakiti dan disakiti..Hati anda...anda boleh mengawalnya!
Macam hendak tulis lagi...tapi aku rasa sudah masuk zon merapu meraban... 

sekarang aku yang sakit hati ngan kau.
ary2 ade je hal nk wt aku skit aty kn...
rse nk buang je kau jauh2 dri idop aku...